Kempen derma darah Pusat_Darah_Negara

Kempen menderma darah sering dianjurkan oleh PDN sekitar kawasan Lembah Klang. Jadual dan lokasi kempen boleh dirujuk dilaman web rasmi PDN.

Contoh poster yang memaklumkan kempen derma darah.

Keistimewaan penderma darah

Keistimewaan yang diberikan oleh PDN kepada penderma darah dinyatakan dalam:

  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005 [1].

Keistimewaan ini diberikan kepada penderma yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan.

Kekerapan mendermaKeistimewaan rawatan
1 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
(tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kaliPercuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun
dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kaliPercuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun
dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma “Whole blood”) dan
Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun
dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


Rujukan

WikiPedia: Pusat_Darah_Negara //scholar.google.com/scholar?q=%22Pusat+Darah+Nega... //www.google.com/search?&q=%22Pusat+Darah+Negara%2... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Pusat... //www.google.com/search?q=%22Pusat+Darah+Negara%22... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Pusat+Darah... http://www.pdn.gov.my/ http://www.pdn.org.my/index.php?option=com_content... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementeri...